Thursday 19 May 2011

* IMPIANKU *

* ganti dan penuhkan perabot rumah *
* dapatkan lesen memandu *
* support angah beli kereta *
* pakai kereta dalam waktu terdekat *
* bayar sendiri ansurans bulanan motor *
* majlis pertunangan dan perkahwinan yang meriah *
* memiliki rumah impian *
* hadiahkan adik note book*

Sunday 15 May 2011

kawanku E>

As Salam..

     Beberapa hari yang lepas, kami bertiga di dalam bilik ini. Bergurau senda dan berkongsi cerita. Suasana bising dan di aras ini bising dengan suara hingar-bingar kita. Seolah-olah, hanya kita yang menghuni di sini. (memang hanya kita, kerana orang lain kebanyakannya tiada).
     Kelmarin, seorang daripada kita telah meninggalkan kita, kerana tanggungajawab dan amanahnya di sini, telah selesai. Tinggallah hanya kita berdua di dalam bilik ini. Bilik kita sedikit sunyi, Namun ku harap, keceriaan terus berkekalan.    
     Hari ini, kawan kita yang lain datang menyinggah. Suasana bilik kita kembali hingar dengan cerita mereka. Kita bergelak ketawa beramai-ramai. Kita usik-mengusik, dan kita makan beramai-ramai. Semua itu, kita berkongsi bersama.    
     Rupanya, semakin ramai orang, suasana tempat kita semakin meriah. Untungnya mempunyai ramai kawan. Apatah lagi, jika kawan kita itu adalah merupakan sahabat yang sejati. Semoga persahabatan kita sentiasa berkekalan.

*tag t0 : Mar, Huda, Jue, Is, Ehsan, As, K.bie, kawan d SMKT dan kawan d SMKR

Saturday 14 May 2011

IMBAS

As Salam dan morning semua..

pagi-pagi buta lagi aku dah belek blog orang lain..
tengok blog orang lain cantik je.. 
tp blog aku ?
biasa je.. 

tak pandailah nak cantikkan..
dah puas godam dan imbas kembali cara nak tambah alat biar blog jadi cantik..
erm.. 
jangan putus asa.,
lama-lama cuba..
nanti menjadilah tu...
hehe~
:.: G0od Luck for MyselF :.:
~g0od LUck juga Kpd Kwn2~


:: tertarik ::

As Salam~
Pagi tadi, aku mengikuti seminar vawe 5 E-data Networking. Sungguh, pada ketika ini, aku berasa sangat-sangat teruja untuk mengikuti program ini. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.. untuk membolehkan aku menolong keluarga dan sahabatku, InsyaAllah.
Membuatkan aku lagi teruja pada pagi tadi, aku dapat berjumpa dan merakamkan gambar kenangan dengan salah seorang talk pada majlis ilmu itu pagi tadi. Beliau adalah meriupakan Dr Syukri yang merupakan pakar motivasi pelajar. Dulu, masa aku tingkatan 3, dr pernah datang ke sekolah aku, dan menyampaikan motivasi kepada kami. Dengan kesedaran aku sendiri + motivasi guru + motivasi dari orang luar (termasuk Dr syukri), Alhamdulillah aku dapat mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini. Walaupun tidak sehebat orang lain, aku tetap bersyukur dengan rezeki aku ini. InsyaAllah, aku masih mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi jika mempunyai peluang dan ruang suatu hari nanti. 
Semoga segala urusanku, urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Ameen..


ini adalah gambar Dr yg sempat aku snap. hehe

Monday 9 May 2011

P.E.N.A.T

As salam~

Pergi mari-pergi mari ni.. memang penat kan? huahuha.. hari ni, hari pertama aku start praktikum 2. Sebelum ni, pada cuti sem yang lepas, aku dah buat praktikum 1. Nanti ada masa lapang, aku cerita bagaimana pengalaman kerja praktikum 1 aku eh. Hehehehe. . .
Hari ini, kami boleh balik awal selepas lapor diri di pejabat Adun di Komtar. Tapi, tak de lah awal sangat. Sebab keluar pejabat waktu orang rehat, dan waktu traffic jam. Huh! Memang sangat mencabar membawa kenderaan di Kota Metropolitan ini. Walaupun tidak sehebat KL, aku rasa, kesesakan di Penang boleh di setandingkan dengan kesesakan di KL. Nasib baik ada As. yang jadi mata ke lima dan mata ke enam aku. Sebab, aku dah bermata empat, tapi still 'tebolah' lagi. itulah aku. Hari ini juga, aku dan As, p ronda2 Mydin Bukit Jambul. cari barang keperluan. Paling penting, aku dapat cari breakgame. Ahaha.. rasa, cam budak-budak pula. ada game tu, nanti boleh la aku main time aku bosan.. harap-harap macam tu lah..
ZzzzZZZZ.. dah ngantuk lah banyak makan coklat yang Ehsan bagi tadi. Selamat malam semua..

Sunday 8 May 2011

kehidupan baru

Hari ini atau today dalam bahasa Inggerisnya, aku telah membuat blog baru. iaitu pada tanggal 8 Mei 2011. Blog aku yang lama, iaitu yang dibina oleh aku pada dua tahun yang lepas terkubur begitu sahaja. Gara-gara, aku terlupa password aku. Al-maklumla, rajin sangat buka blog. Cukup satu sem, sekali buka. Huhaahuhauhauha..
So, hari ini, tentunya banyak cerita yang nak aku coretkan.. Tambah+ lagi arini aku baru je sampi kt cni, di Penang selepas seminggu bercuti di kampung. Belum puas aku bermesra sengan kaum kerabatku, dah kena patah balik. Demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Cewahh..ayat, macam la aku ni best student of the year.. huhauhauhau.. 
Tapi, yang menggembirakan aku, habis praktikal ni, aku akan masuk sem 5, dan ianya adalah merupakan tahun AKHIR aku di sini. hahahaah,, cakap tahun AKHIR tu, ye iya je aku seronok pada masa ketika serta waktu ini. Tapi, bila tiba masanya nanti, tentu, sure aku akan sedih untuk meninggalkan bumi Minden ini. takpe la, kita tungggu la hari kemudian, tahun depan. huahawahwah..
Hari ini juga adalah merupakan hari Ibu. Bila sebut hari ibu, terus aku teringat waktu aku nak datang sini, ketika aku salam dengan mami aku, uwaaa~ sedih toksah cakap. Sayu hati mau tinggalkan dia. Adik bongsu aku lak dah berlinang air mata.. manja, x sama macam kakak dia. hahaha.. (perasannya). Malas dah nk berceloteh panjang lebar.. nk g tolong member angkat barang dia yang baru sampai. Hehehe..
Apapun, SELAMAT HARI IBU kepada semua emak di seluruh dunia. I LOVE my mom a lot..