Sunday 15 May 2011

kawanku E>

As Salam..

     Beberapa hari yang lepas, kami bertiga di dalam bilik ini. Bergurau senda dan berkongsi cerita. Suasana bising dan di aras ini bising dengan suara hingar-bingar kita. Seolah-olah, hanya kita yang menghuni di sini. (memang hanya kita, kerana orang lain kebanyakannya tiada).
     Kelmarin, seorang daripada kita telah meninggalkan kita, kerana tanggungajawab dan amanahnya di sini, telah selesai. Tinggallah hanya kita berdua di dalam bilik ini. Bilik kita sedikit sunyi, Namun ku harap, keceriaan terus berkekalan.    
     Hari ini, kawan kita yang lain datang menyinggah. Suasana bilik kita kembali hingar dengan cerita mereka. Kita bergelak ketawa beramai-ramai. Kita usik-mengusik, dan kita makan beramai-ramai. Semua itu, kita berkongsi bersama.    
     Rupanya, semakin ramai orang, suasana tempat kita semakin meriah. Untungnya mempunyai ramai kawan. Apatah lagi, jika kawan kita itu adalah merupakan sahabat yang sejati. Semoga persahabatan kita sentiasa berkekalan.

*tag t0 : Mar, Huda, Jue, Is, Ehsan, As, K.bie, kawan d SMKT dan kawan d SMKR

No comments:

Post a Comment