Sunday 8 May 2011

kehidupan baru

Hari ini atau today dalam bahasa Inggerisnya, aku telah membuat blog baru. iaitu pada tanggal 8 Mei 2011. Blog aku yang lama, iaitu yang dibina oleh aku pada dua tahun yang lepas terkubur begitu sahaja. Gara-gara, aku terlupa password aku. Al-maklumla, rajin sangat buka blog. Cukup satu sem, sekali buka. Huhaahuhauhauha..
So, hari ini, tentunya banyak cerita yang nak aku coretkan.. Tambah+ lagi arini aku baru je sampi kt cni, di Penang selepas seminggu bercuti di kampung. Belum puas aku bermesra sengan kaum kerabatku, dah kena patah balik. Demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Cewahh..ayat, macam la aku ni best student of the year.. huhauhauhau.. 
Tapi, yang menggembirakan aku, habis praktikal ni, aku akan masuk sem 5, dan ianya adalah merupakan tahun AKHIR aku di sini. hahahaah,, cakap tahun AKHIR tu, ye iya je aku seronok pada masa ketika serta waktu ini. Tapi, bila tiba masanya nanti, tentu, sure aku akan sedih untuk meninggalkan bumi Minden ini. takpe la, kita tungggu la hari kemudian, tahun depan. huahawahwah..
Hari ini juga adalah merupakan hari Ibu. Bila sebut hari ibu, terus aku teringat waktu aku nak datang sini, ketika aku salam dengan mami aku, uwaaa~ sedih toksah cakap. Sayu hati mau tinggalkan dia. Adik bongsu aku lak dah berlinang air mata.. manja, x sama macam kakak dia. hahaha.. (perasannya). Malas dah nk berceloteh panjang lebar.. nk g tolong member angkat barang dia yang baru sampai. Hehehe..
Apapun, SELAMAT HARI IBU kepada semua emak di seluruh dunia. I LOVE my mom a lot..

No comments:

Post a Comment